Sunday, August 30, 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Salam Kemerdekaan....

Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Tanjung ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia....
Hayatilah dengan penuh perasaan erti sebenar kemerdekaan, walaupun kita bebas daripada jajahan pemerintah selama 52 tahun namun masih ada lagi dikalangan belia-belia kita yang masih belum merdeka dari segi minda... iaitu minda masih dijajah...
Adalah amat sukar utk pejuang2 yg terdahulu berjuang utk memerdekakan bangsa & tanahair ini drp penjajah asing, tp skrg tanggungjwb yg lebih besar adalah kpd kita utk mempertahan & mengisi erti kemerdekaan yg sebenarnya'....

Friday, August 28, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak



Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Kami dari Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Tanjung mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam.

Thursday, August 20, 2009

Majlis Ramah Mesra Belia Pematang Pauh


Khamis 20 Ogos 2009-Majlis Ramah Mesra Belia Pematang Pauh telah berlangsung di Pusat Giat Mara Pematang Pauh pada pukul 8malam dengan dihadiri oleh Belia-belia dari berbilang kaum Melayu, Cina dan India. Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan. Sedikit sebanyak beliau menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin kini terdiri daripada para belia dan sesungguhnya belia adalah pemimpin di masa depan.
Beliau juga telah membuat lawatan ke command centre di pematang pasir iaitu sekretariat Komunikasi Maya dan Unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia dimana Pengerusi Kawasan Parlimen iaitu Tn Izuddin Merican Noordin merupakan setiausaha bagi Sekretariat Komunikasi Maya Perhubungan Negeri Pulau Pinang.
Syabas dan tahniah juga di ucapkan kepada Tn Izuddin diatas perlantikan sebagai setiausaha Sekretariat Komunikasi Maya Perhubungan Negeri Pulau Pinang yang baru ditubuhkan ini.

Tuesday, August 18, 2009

Mesyuarat Agung GB4B Tanjung 2009







Mesyuarat Agung GB4B Tanjung 2009 dengan jayanya telah diadakan pada 16 Ogos 2009 bertempat di Hotel Royal Pulau Pinang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli yang terlibat kerana sama-sama berganding bahu dan berusaha mengadakan majlis yang begitu sempurna. Semoga kita dapat bekerjasama dengan lebih erat lagi pada masa akan datang.

Sunday, August 9, 2009

Muqadimmah bicara kata...


Assalamualaikum Wr. Wbt., Salam Hormat dan Salam Sejahtera

Selamat Datang ke Blog Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen(GB4B) Tanjung...Semoga tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudari sekalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendakNya.Awal Bismillah pembuka kata dan saya panjatkan kesyukuran kehadrat Allah, keberkatan Illahi juga saya pinta semoga kita semua dilindungi RahmatNya...Dengan rela hati kita terima tugas besar sebagai satu amalan tanggungjawab yang perlu kita pikul bersama selain merancang dan melaksanakan sesuatu agenda itu...Kita perlu dokong penuh perpaduan serta azam dengan peka dan perihatin setiap langkah harus di susun rapi. Kita ini adalah barisan hadapan budaya bangsa menjunjung agung budi pekerti generasi muda belia yang perkasa...Disamping itu juga kita harus mengukuhkan semangat dan jiwa supaya cintakan pertiwi taat dan setia. Ayuh bangunlah dan marilah kita berikrar bersama tegur menegur jadikan cara supaya bermuafakat sentiasa dijana. Teguh jiwa kita sebagai sebuah bangsa tidak melayu tidak belia hilang didunia. Selagi jatidiri terus diperkasa kepada Illahi kita berdoa berikan kekuatan kepada barisan pimpinan kita supaya senantiasa berwibawa agar yang kita jalankan jadi berkesan dan membawa arus perubahan.Perjalanan yang jauh telah pun bermula berbekalkan azam semangat yang kental dan redha tanpa pengorbanan masakan berjaya sampai ke matlamat dan sasaran negara dan bangsa yang memerlukan para belia dan khasnya GB4B ini.Kita haruslah mempertahankan maruah dan pusaka setiap titik keringat, itulah jasa dan itulah ibadah sumbangan kita..Izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat laman web Facebook GB4B Tanjung. GB4B Tanjung ini menjalankan berbagai jenis aktiviti khasnya untuk kemajuan para belia dan remaja di negara kita yang kita amat cintai ini. Pelbagai aktiviti yang bercorak keilmuan, kemahiran, bina insan, pembangunan rohani dan jasmani serta usaha untuk mengiratkan tali silaturrahim dikalangan ahli-ahli 4B sesama sendiri dan bersama para belia antarabangsa telah dan sedang giat dijalankan. Para pengunjung akan mendapat gambaran yang lebih jelas lagi mengenai aktiviti-aktiviti tersebut dengan melayari pelbagai pautan atau sub-link kepada mukasurat utama ini. Ingin saya nyatakan di sini bahawa GB4B Tanjung mendukung usaha kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Razak dalam usaha kita bersama untuk memperkasakan kedudukan para belia di negara kita dan juga di persada antarabangsa. Disamping laungan 1 Malaysia dan 1 Belia 1 Malaysia. Dan para belia yang berpersatuan dan melibatkan diri secara aktif adalah para belia yang berdisiplin dan bertanggungjawab. Mereka yang mempunyai wawasan dan iltizam yang tinggi, maka merekalah yang akan berjaya dalam hidup, Insya’Allah. .. Jika kita tidak merubah nasib kita sendiri siapa lagi...Justeru saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru para belia dan remaja janganlah mensia-siakan hidup anda. Nak jadi muda pengalamannya hanya sekali. Memanfaatkan zaman muda dengan baik dan berkesan agar hidup anda akan jadi lebih sempurna. Jauhilah diri daripada gejala dan aktiviti yang boleh membawa mudarat. Hargai maruah diri. Jagalah nama baik negara, bangsa dan keluarga.Saya juga menyambut baik apa-apa pandangan dan komen yang membina dan ianya bolehlah disalurkan melalui peti maklumbalas atau forum melalui e-mail. Sekian, selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh iltizam, taqwa dan kerelaan kepada yang maha Esa dan sambutlah salam hormat dari saya.BERSATU*BERLAJAR*BERKHIDMAT*BEKERJAIkhlas dan Jujur,Izuddin Merican NoordinPengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Tanjung