Wednesday, September 8, 2010

Salam Lebaran 1431H


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Keikhlasan Hati dan kejujuran kata maka dengan penuh rasa rendah diri saya serta crew blog ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada semua ahli Gerakan Belia 4B Malaysia, pembaca blog serta muslimin muslimat.

Maaf Zahir dan Batin.

Singkirkan Segala kekhilafan,
Rapatkan Saf Kemesraan aidilfitri,
Wadah Sandaran Kemaafan Insan Suatu Titipan.....

Kepada rakyat Malaysia, bersama kita tingkatkan rasa cinta kepada Agama, Bangsa & Negara sempena hari mulia ini.
Semarakkan lah jiwa perjuangan di hari lebaran ini. Biarkan semangat perjuangan kita itu membara.

Salam Sesuci Lebaran & Salam 1 Malaysia,
1 Malaysia Menjana Transformasi....

Majlis Berbuka Puasa GB4B (M) Parlimen Tanjung

Majlis Berbuka Puasa GB4B (M) Parlimen Tanjung


Banner UKHWAH RAMADHAN yang telah di adakan pada 17 Ramadhan mengambil berkat Nuzul Al-Quran



Acara tahunan ahli-ahli Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Parlimen Tanjung. Pada tahun ini Syukur Alhamdulillah sekali lagi GB4B (M)Parlimen Tanjung berjaya menganjurkan aktiviti tahunan kami iaitu Majlis Berbuka Puasa ataupun Iftar pada 17 Ramadhan dengan mengambil tema UKHWAH RAMADHAN. KeHadiran pada petang itu tidak kurang daripada 100 org ahli serta jemputan-jemputan lain.




Sementara menanti kehadiran ahli-ahli dan waktu untuk berbuka puasa




Acara tahlil sedang berjalan








Waktu berbuka Puasa




Solat Maghrib






Antara Juadah-juadah yang disediakan



Sekalung tahniah serta syabas diucapkan kepada jemaah jawatankuasa pengelola yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis berbuka puasa iaitu acara tahunan GB4B(M) Kawasan Parlimen Tanjung.

Semoga pada tahun akan datang acara seperti ini akan terus diadakan untuk mencapai objektif serta matlamat kerjasama serta merapatkan silaturahim diantara sesama ahli. Tema UKHWAH RAMADHAN memang tepat sekali dipilih untuk tahun ini memandangkan saranan daripada PM kita iaitu 1 Malaysia. 1 Belia 1 Malaysia Menjana transformasi.