Thursday, August 25, 2011

Kerja Amal Tahunan


Assalam wa rahmah,
Alhamdulillah tahun ini 1432H merupakan tahun ke 11 Jemaah vip motosport juga Majlis IMNvip telah berjaya membuat collection daripada individu iaitu orang perseorangan untuk membuat sumbangan bagi membeli barang-barang keperluan kepada mereka yang memerlukannya.




Syukur ke hadrat Illahi tahun ini IMNvip berjaya membuat sumbangan sebanyak 30 kampit beras 10kg termasuk barang-barangan keperluan yang lain juga telah disediakan sebanyak 30 set. Antara barang-barang yang telah di sediakan adalah seperti gula, garam, susu, Milo, kordial, biskut, sardin, kuih Dan lain- lain yang dirasakan perlu.




Ucapan terima kasih ingin di ucapakan kepada yang telah memberi sumbangan kepada Majlis IMNvip untuk menjayakan program Amal ini, hanya Allah yang bisa membalas jasa kalian. InsyaAllah...

Semoga tahun- tahun yang mandatang akan mendapat sokongan Serta sumbangan yang lebih meriah lagi untuk kami menjayakan program Amal ini. InsyaAllah...

Aminnnn


- Posted using BlogPress from my iPad

Majlis Berbuka Puasa Perdana 2011

Persiapan yang rapi serta teliti telah membawa kepada satu majlis yang Berjaya dan meriah, di hadiri tidak kurang daripada 500 orang terdiri daripada jemputan-jemputan khas, penduduk-penduduk tempatan Sg Pinang, rukun tetangga, qariah Masjid, ahli Gerakan Belia 4B, ahli GPMS, PERTIGA, dan NGO yang lain.

Pihak Majlis yang diketuai oleh Pengarah Projek sdr Azlan Ismail Dan Hasnol Hisham telah menyediakan 10 buah khemah untuk keselesaan para tetamu juga tiga tangki air bagi memudahkan para tetamu mengambil wudhu.

Tetamu bersedia mengambil wudhu'.




Sebahagian daripada juadah Berbuka puasa




Tetamu-tetamu daripada KL Dan JB wakil daripada vip motosport juga Majlis Sarang Emas





Ucapan daripada Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Tanjung merangkap Ayahanda PERTIGA Dan juga Pengasas vip motosport





Sedikit sebanyak di dalam ucapan beliau telah mengingatkan kepada Generasi Muda Belia agar teruskan perjuangan, perjuangan sebenarnya baru bermula. Beliau juga berkata sebagai Belia kita haruslah mencipta masa depan kita Dan untuk melihat masa depan kita haruslah mencipta masa depan itu sendiri.

Manakala YDP Cawangan Sg Pinang dalam ucapan beliau banyak menyentuh mengenai ukhwah Serta kerjasama yang berjaya diantara dua Pertubuhan Gerakan Belia gergasi iaitu Gerakan Belia 4B(GB4B) dan GPMS. Ini adalah yang pertama Dan InsyaAllah Akan Ada lagi aktiviti Dan program yang Akan dijalankan atas Gabungan ataupun kerjasama.

Setelah ucapan keduanya pemimpin Belia ini maka masa tiba bagi waktu Berbuka puasa Dan diikuti dengan solat Maghrib berjemaah di Padang Kuarters Bata itu.

Ucapan yang bersemangat oleh jemputan khas iaitu Dato Shuhaimi Ibrahim











Cenderahati tanda penghargaan Kepada Dato Shuhaimi Ibrahim




Perukaran cenderamata antara GB4B Dan GPMS tanda ukhwah


Alhamdulillah urusan program telah berjalan dengan lancar Dan meriah, program ini diakhiri dengan mercun sebanyak 138 das keudara. Para tetamu di bawa ke Masjid Jamek Sg Pinang untuk solat Isya' Dan
solat terawikh.

InsyaAllah Akan Ada lagi program- program kerjasama Dari dua badan Belia ini di masa Akan

Gambar kenang-kenangan







- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, August 20, 2011

Menjelang Majlis Berbuka Puasa Perdana






Assalam wa rahmah,

Alhamdulillah menjelang Majlis Berbuka Puasa Perdana Generasi Muda 2011 Gabungan diantara GPMS dan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Parlimen Tanjung telah berjalan dengan lancar.

Walaupun pada mulanya hujan mula turun menguji ketahanan Belia Generasi muda ini. Lebih kurang 40 ahli Belia dari GPMS dan Belia 4B telah bertungkus lumus membuat persediaan di Padang Kuarters Bata, Kampung Sungai Pinang dengan menaikkan 10 khemah Dan menyediakan dalam 50 meja dan 600 kerusi.

Syabas di ucapankan pada Pengerusi Projek Saudara Azlan Ismail dan Saudara Hasnol Hisham kerana berjaya menyatukan Belia Generasi Muda ini.

Semoga hari Majlis Akan berjalan dengan lancar Dan meriah. InsyaAllah...


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, August 4, 2011

Menjelang Ramadhan Al Mubarak





Assalam wa rahmah...

Penulis ingin mengambil Kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat berpuasa kepada Jemaah Belia 4B Tanjung serta semua pembaca-pembaca blog ini mewakili Pengerusi Belia 4B Kawasan Tanjung Serta speluruh Jemaah Belia 4B Kawasan seluruh Malaysia.

Penulis Akan Cuba untuk update kan blog ini mengikut coretan hari- hari bersejarah Serta peristiwa-peristiwa penting memandangkan kini ralat technical telah dapat di atasi.

Sebelum ini posting- posting blog tidak mengikut tarikh-tarikh yang sepatutnya Dan Ada blog post yang bertindih tarikh.

InsyaAllah Selepas ini blog post Akan lebih efficient lagi.


- Posted using BlogPress from my iPad


- Posted using BlogPress from my iPad