Thursday, August 20, 2009

Majlis Ramah Mesra Belia Pematang Pauh


Khamis 20 Ogos 2009-Majlis Ramah Mesra Belia Pematang Pauh telah berlangsung di Pusat Giat Mara Pematang Pauh pada pukul 8malam dengan dihadiri oleh Belia-belia dari berbilang kaum Melayu, Cina dan India. Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan. Sedikit sebanyak beliau menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin kini terdiri daripada para belia dan sesungguhnya belia adalah pemimpin di masa depan.
Beliau juga telah membuat lawatan ke command centre di pematang pasir iaitu sekretariat Komunikasi Maya dan Unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia dimana Pengerusi Kawasan Parlimen iaitu Tn Izuddin Merican Noordin merupakan setiausaha bagi Sekretariat Komunikasi Maya Perhubungan Negeri Pulau Pinang.
Syabas dan tahniah juga di ucapkan kepada Tn Izuddin diatas perlantikan sebagai setiausaha Sekretariat Komunikasi Maya Perhubungan Negeri Pulau Pinang yang baru ditubuhkan ini.

1 comment:

  1. Tahniah...
    Semoga success diucapkan kepada Belia 4B Tanjung dengan pimpinan Tuan Izuddin Merican Noordin. Diharap perjuangan dan pengorbanan untuk memartabatkan belia melayu mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.

    ReplyDelete