Sunday, August 22, 2010

Panas!!!GPMS Sg Pinang Membuat Laporan Polis





Lebih kurang pukul 3 petang td GPMS Cawangan Sg Pinang telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Balai Polis Jalan Petani mengenai isu kenyataan yg telah dikeluarkan oleh DS Chua Soi Lek berkaitan ekuiti 30% Bumiputera dan BUKAN seperti yang DW tulis pada awalnya mengenai isu Doa Khutbah Jumaat yang menyebut nama Lim Guan Eng.

Ahmad Yaqkub berkata:
"Setelah mengambil pandangan Ulamak & Veteran di P.Pinang, GPMS Sg Pinang memberi peluang dan ruang kpd MAIPP & JHEAIPP menyiasat dan mengenal pasti akan fakta sebenar Isu Penggunaan Nama Lim Guan Eng dalam doa Khutbah Jumaat. Justeru itu, GPMS Sg Pinang tidak membuat laporan polis terhadap isu tersbut akan tetapi GPMS berharap perkara tersebut tidak berulang dan sekiranya berulang, GPMS tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan Polis dan mengambil tindakan selanjutnya.

Beliau berkata lagi, GPMS Sg Pinang membuat laporan polis terhadap DS Chua Soi Lek di atas kenyataan Rasis beliau terhadap ekuiti 30% bumiputera serta pertikaian beliau terhadap DEB, Justeru itu GPMS bimbang akan percikan api perkauman yg dicetuskan oleh DS Chua di atas kenyataan beliau itu. GPMS Sg. Pinang memohon agar pihak polis membuat penyiasatan menyeluruh mengenai kenyataan Chua Soi Lek di bawah seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 4 akta yang sama"



Yang Dipertua GPMS cawangan Sg Pinang Saudara Ahmad Yaqkub Nazri telah membuat Press Statement kepada pemberita serta wartawan lewat petang tadi.


Sumber: dutawamgsa

No comments:

Post a Comment