Tuesday, August 10, 2010

Program Pemimpin Belia Berkaliber




Program Pemimpin Belia Berkaliber Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010

Tarikh:27-30 Mei 2010
Venue : Naza Hotel Pulau Pinang
Anjuran : Pejabat Belia Daerah Timur Laut
Kerjasama: Majlis Belia Negeri Pulau Pinang

Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Parlimen Tanjung telah menghantar peserta seramai 6 orang ahli untuk menyertai Program Pemimpin Belia Berkaliber. Juga turut hadir sebagai peserta adalah Pengerusi Kawasan Tanjung iaitu Tuan Izuddin Merican Noordin. Sedikit sebanyak Program ini memberi pendedahan serta melatih belia-belia di Pulau Pinang Untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber di samping mempunyai semangat berpasukan "Team Power".

Selain dari itu Program ini telah berjaya mengumpul ketiga-tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India untuk sama-sama mengeratkan silaturahim serta mengenali antara satu sama lain dari badan belia yang lain seperti HYO, Rakan Muda Daerah, Persatuan Capoiera, serta banyak lagi persatuan yang terlibat di dalam program yang julung kali diadakan.

Semoga Program seperti ini akan terus di jalankan baik dwi tahunan mahupun acara tahunan. Kepada peserta-peserta, Tahniah! kerana telah menjayakan Program Pemimpin Belia Berkaliber ini.

Bergerak!
Bergerak!
Bergerak!

No comments:

Post a Comment