Sunday, January 3, 2010

Belia Berwawasan Pemimpin Cemerlang Di Masa Hadapan


Bismillahirrahmannirrahim…
Salam satu Belia Satu Malaysia
Ucapan Selamat Tahun Baru dari Izuddin Merican Noordin Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Tanjung mewakili ahli-ahli Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Tanjung yang lain,
Kehadiran tahun 2010 pastinya member sinar baru yang lebih bercahaya bagi menerangi kehidupan yang bakal dilalui. Adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan yang sedia ada terus dikekalkan.
Kepada golongan belia cabaran 2010 ini seharusnya dihadapi dengan semangat cekal, tabah dan bersedia dalam apa jua situasi. Belia adalah tunggak harapan agama, bangsa dan Negara yang bakal menjadi pemimpin dimasa depan. Begitu banyak onak dan duri serta rintangan yang sedang serta bakal berlaku. Belia yang rapuh keimanan tentu boleh meruntuhkan masyarakat dan Negara. Belia yang tidak berdisiplin member kesan negative kepada pentadbiran Negara dan seterusnya jiwa belia yang kosong bakal melahirkan pemimpin yang tidak bertanggungjawab, tidak berwawasan dan seterusnya bakal menyaksikan orang luar mengambil tempat untuk menjadi tuan di Negara kita. Dari situ kesedaran perlu ada supaya golongan belia menjadi seorang yang matang berfikir dengan jiwa yang penuh ilmu pengetahuan dunia dan akhirat.
Bagi memastikan belia kita menjadi insane berguna kepada bangsa dan Negara semua pihak perlu memikirkan sesuatu supaya program-program ilmu dan kesedaran positif diadakan dari semasa ke semasa. Program yang dianjurkan itu perlu merangkumi semua daerah dan kawasan supaya jumlah golongan belia yang menyertainya mencapai tahap maksima dan optima. Pemimpin-pemimpin persatuan khasnya Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Parlimen Tanjung, pertubuhan masyarakat yang lain juga perlu bekerjasama bersama-sama ibubapa untuk memaksimakan penyertaan bagi memastikan tidak ada belia dipinggirkan dari menyertai program yang diadakan itu.
Melalui pelbagai program, aktiviti dan kegiatan yang dianjurkan adalah menjadi harapan kerajaan utnuk melahirkan lebih ramai belia Negara yang bijak, cerdik dan matang idea untuk memajukan masyarakat bangsa dan Negara. Pemimpin cemerlang pastinya dikenang sebagai pejuang bukan sahaja pada hari ni tetapi pada masa akan dating dan bakti pemimpin cemerlang tetap menjadi contoh serta sebutan semua orang.
Oleh itu untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang bersedialah kearah itu dengan ilmu dan pengetahuan yang sesuai dengan peredaran zaman. Kita sekarang berada dalam abad ke 21 yang serba moden serta canggih dengan sisitem teknologi maklumat, dari itu idea belia hari ini seharusnya lebih positif supaya dapat diterima oleh semua demi kemajuan bangsa dan Negara kita.
Sebagai seorang belia seharusnya mempunyai semangat berani, kental, tabah, dan sabar bukannya takut atau tidak sanggup hadapi cabaran yang bakal mendatang. Mudah-mudahan kecemerlangan belia Negara akan menjadikan Malaysia terus dihormati dan disegani di persada antarabangsa.

Belia Berwawasan adalah Pemimpin Cemerlang di masa hadapan……

Menyingkap kenangan 2009








Banyak yang telah diharungi serta dilalui dalam tahun 2009, begitu juga dengan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Parlimen Tanjung. Pada post ini akan saya simpulkan serta ringkaskan dengan meletakkan gambar-gambar yang di abadikan dalam tahun 2009. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Mesyuarat Agung Tahunan, Majlis Berbuka Puasa Kawasan, Perkhemahan di pantai Teluk Senangin, Setiawan Perak dan aktiviti Badminton bagi cawangan Pengkalan Weld setiap Hari Ahad.
Memandangkan Ahli JawatanKuasa Kawasan yang baru cuma berkuatkuasa dalam bulan September maka aktiviti yang disebutkan tadi telah dilakukan untuk tahun 2009.

Monday, September 21, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri



Gerakan Belia 4B Kawasan Tanjung mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di dunia. Marilah kita menyambut kemenangan selepas sebulan kita mengerjakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan dengan seikhlas hati dan marilah kita ziarah dan bermaafan sesama Islam. Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, September 16, 2009

Majlis Berbuka Puasa






Majlis berbuka puasa yang dikelola oleh Ketua Penerangan Gerakan Belia 4B Kawasan Tanjung telah diadakan dengan jayanya. Majlis ini telah dihadiri lebih dari 100 orang. Tetamu-tetamu VIP juga turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Majlis bermula dengan bacaan doa dan disusuli dengan berbuka puasa. Semoga kerjasama dari ahli-ahli dapat diteruskan bagi program-program yang akan datang. Tahniah di ucapkan kepada Ketua Penerangan, saudara Hasnol Hisham.

Wednesday, September 9, 2009

Doa Hari Ke-20 Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد

اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِي فِيْهِ اَبْوَابَ الْجِنَانِ، وَاَغْلِقْ عَنِّي فِيْهِ اَبْوَابَ النِّيْرَانِ، وَوَفِّقْنِي فِيْهِ لِتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ، يَا مُنْزِلَ السَّكِيْنَةِ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِيْنَ
Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad

Allâhummaftahlî fîhi abwâbal jinân, wa aghliq ‘annî fîhi abwâban nîrân, wa waffiqnî fîhi litilâwatil qur-ân, yâ Munzilas sakînati fî qulûbil mu’minîn.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, bukakan bagiku di bulan yang mulia ini pintu-pintu surga, tutuplah dariku di dalamnya pintu-pintu neraka, bimbinglah daku di dalamnya untuk membaca Al-Qur’an, wahai Yang Menurunkan kedamaian ke dalam hati orang-orang yang beriman.
(Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3

Tuesday, September 8, 2009

Majlis Berbuka Puasa





Lebih 20 persatuan belia berkumpul di Pusat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut untuk berbuka puasa. Majlis bermula pada pukul 5.30 petang, sebelum majlis berbuka puasa, semua ahli persatuan belia berkumpul di surau untuk mendengar Tazkirah. Selepas selesai, semua ahli belia mengambil tempat duduk dan dihidangkan dengan makanan yang begitu enak sekali.Terima kasih diucapkan kepada Pusat Belia dan Sukan Timur Laut kerana menyediakan tempat yang begitu selesa sekali..

Sunday, September 6, 2009

Majlis Berbuka Puasa


Gerakan Belia 4B Kawasan Tanjung akan mengadakan satu majlis berbuka puasa pada 13 September 2009 bersamaan 20 Ramadhan 1430 Hijrah bertempat di Dewan Serbaguna Bayan Baru. Semua ahli-ahli cawangan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis dan disamping itu kita dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli.Terima Kasih