Sunday, January 3, 2010

Belia Berwawasan Pemimpin Cemerlang Di Masa Hadapan


Bismillahirrahmannirrahim…
Salam satu Belia Satu Malaysia
Ucapan Selamat Tahun Baru dari Izuddin Merican Noordin Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Tanjung mewakili ahli-ahli Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Tanjung yang lain,
Kehadiran tahun 2010 pastinya member sinar baru yang lebih bercahaya bagi menerangi kehidupan yang bakal dilalui. Adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan yang sedia ada terus dikekalkan.
Kepada golongan belia cabaran 2010 ini seharusnya dihadapi dengan semangat cekal, tabah dan bersedia dalam apa jua situasi. Belia adalah tunggak harapan agama, bangsa dan Negara yang bakal menjadi pemimpin dimasa depan. Begitu banyak onak dan duri serta rintangan yang sedang serta bakal berlaku. Belia yang rapuh keimanan tentu boleh meruntuhkan masyarakat dan Negara. Belia yang tidak berdisiplin member kesan negative kepada pentadbiran Negara dan seterusnya jiwa belia yang kosong bakal melahirkan pemimpin yang tidak bertanggungjawab, tidak berwawasan dan seterusnya bakal menyaksikan orang luar mengambil tempat untuk menjadi tuan di Negara kita. Dari situ kesedaran perlu ada supaya golongan belia menjadi seorang yang matang berfikir dengan jiwa yang penuh ilmu pengetahuan dunia dan akhirat.
Bagi memastikan belia kita menjadi insane berguna kepada bangsa dan Negara semua pihak perlu memikirkan sesuatu supaya program-program ilmu dan kesedaran positif diadakan dari semasa ke semasa. Program yang dianjurkan itu perlu merangkumi semua daerah dan kawasan supaya jumlah golongan belia yang menyertainya mencapai tahap maksima dan optima. Pemimpin-pemimpin persatuan khasnya Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Parlimen Tanjung, pertubuhan masyarakat yang lain juga perlu bekerjasama bersama-sama ibubapa untuk memaksimakan penyertaan bagi memastikan tidak ada belia dipinggirkan dari menyertai program yang diadakan itu.
Melalui pelbagai program, aktiviti dan kegiatan yang dianjurkan adalah menjadi harapan kerajaan utnuk melahirkan lebih ramai belia Negara yang bijak, cerdik dan matang idea untuk memajukan masyarakat bangsa dan Negara. Pemimpin cemerlang pastinya dikenang sebagai pejuang bukan sahaja pada hari ni tetapi pada masa akan dating dan bakti pemimpin cemerlang tetap menjadi contoh serta sebutan semua orang.
Oleh itu untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang bersedialah kearah itu dengan ilmu dan pengetahuan yang sesuai dengan peredaran zaman. Kita sekarang berada dalam abad ke 21 yang serba moden serta canggih dengan sisitem teknologi maklumat, dari itu idea belia hari ini seharusnya lebih positif supaya dapat diterima oleh semua demi kemajuan bangsa dan Negara kita.
Sebagai seorang belia seharusnya mempunyai semangat berani, kental, tabah, dan sabar bukannya takut atau tidak sanggup hadapi cabaran yang bakal mendatang. Mudah-mudahan kecemerlangan belia Negara akan menjadikan Malaysia terus dihormati dan disegani di persada antarabangsa.

Belia Berwawasan adalah Pemimpin Cemerlang di masa hadapan……

1 comment: