Saturday, August 20, 2011

Menjelang Majlis Berbuka Puasa Perdana






Assalam wa rahmah,

Alhamdulillah menjelang Majlis Berbuka Puasa Perdana Generasi Muda 2011 Gabungan diantara GPMS dan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Parlimen Tanjung telah berjalan dengan lancar.

Walaupun pada mulanya hujan mula turun menguji ketahanan Belia Generasi muda ini. Lebih kurang 40 ahli Belia dari GPMS dan Belia 4B telah bertungkus lumus membuat persediaan di Padang Kuarters Bata, Kampung Sungai Pinang dengan menaikkan 10 khemah Dan menyediakan dalam 50 meja dan 600 kerusi.

Syabas di ucapankan pada Pengerusi Projek Saudara Azlan Ismail dan Saudara Hasnol Hisham kerana berjaya menyatukan Belia Generasi Muda ini.

Semoga hari Majlis Akan berjalan dengan lancar Dan meriah. InsyaAllah...


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment