Thursday, August 25, 2011

Kerja Amal Tahunan


Assalam wa rahmah,
Alhamdulillah tahun ini 1432H merupakan tahun ke 11 Jemaah vip motosport juga Majlis IMNvip telah berjaya membuat collection daripada individu iaitu orang perseorangan untuk membuat sumbangan bagi membeli barang-barang keperluan kepada mereka yang memerlukannya.




Syukur ke hadrat Illahi tahun ini IMNvip berjaya membuat sumbangan sebanyak 30 kampit beras 10kg termasuk barang-barangan keperluan yang lain juga telah disediakan sebanyak 30 set. Antara barang-barang yang telah di sediakan adalah seperti gula, garam, susu, Milo, kordial, biskut, sardin, kuih Dan lain- lain yang dirasakan perlu.




Ucapan terima kasih ingin di ucapakan kepada yang telah memberi sumbangan kepada Majlis IMNvip untuk menjayakan program Amal ini, hanya Allah yang bisa membalas jasa kalian. InsyaAllah...

Semoga tahun- tahun yang mandatang akan mendapat sokongan Serta sumbangan yang lebih meriah lagi untuk kami menjayakan program Amal ini. InsyaAllah...

Aminnnn


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment