Thursday, August 25, 2011

Majlis Berbuka Puasa Perdana 2011

Persiapan yang rapi serta teliti telah membawa kepada satu majlis yang Berjaya dan meriah, di hadiri tidak kurang daripada 500 orang terdiri daripada jemputan-jemputan khas, penduduk-penduduk tempatan Sg Pinang, rukun tetangga, qariah Masjid, ahli Gerakan Belia 4B, ahli GPMS, PERTIGA, dan NGO yang lain.

Pihak Majlis yang diketuai oleh Pengarah Projek sdr Azlan Ismail Dan Hasnol Hisham telah menyediakan 10 buah khemah untuk keselesaan para tetamu juga tiga tangki air bagi memudahkan para tetamu mengambil wudhu.

Tetamu bersedia mengambil wudhu'.




Sebahagian daripada juadah Berbuka puasa




Tetamu-tetamu daripada KL Dan JB wakil daripada vip motosport juga Majlis Sarang Emas





Ucapan daripada Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Tanjung merangkap Ayahanda PERTIGA Dan juga Pengasas vip motosport





Sedikit sebanyak di dalam ucapan beliau telah mengingatkan kepada Generasi Muda Belia agar teruskan perjuangan, perjuangan sebenarnya baru bermula. Beliau juga berkata sebagai Belia kita haruslah mencipta masa depan kita Dan untuk melihat masa depan kita haruslah mencipta masa depan itu sendiri.

Manakala YDP Cawangan Sg Pinang dalam ucapan beliau banyak menyentuh mengenai ukhwah Serta kerjasama yang berjaya diantara dua Pertubuhan Gerakan Belia gergasi iaitu Gerakan Belia 4B(GB4B) dan GPMS. Ini adalah yang pertama Dan InsyaAllah Akan Ada lagi aktiviti Dan program yang Akan dijalankan atas Gabungan ataupun kerjasama.

Setelah ucapan keduanya pemimpin Belia ini maka masa tiba bagi waktu Berbuka puasa Dan diikuti dengan solat Maghrib berjemaah di Padang Kuarters Bata itu.

Ucapan yang bersemangat oleh jemputan khas iaitu Dato Shuhaimi Ibrahim











Cenderahati tanda penghargaan Kepada Dato Shuhaimi Ibrahim




Perukaran cenderamata antara GB4B Dan GPMS tanda ukhwah


Alhamdulillah urusan program telah berjalan dengan lancar Dan meriah, program ini diakhiri dengan mercun sebanyak 138 das keudara. Para tetamu di bawa ke Masjid Jamek Sg Pinang untuk solat Isya' Dan
solat terawikh.

InsyaAllah Akan Ada lagi program- program kerjasama Dari dua badan Belia ini di masa Akan

Gambar kenang-kenangan







- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment