Tuesday, January 19, 2010

Air Mata Rasulullah S.A.W

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?''Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?''Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umatMuhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka..'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku''peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii,ummatii, ummatiii? ' - 'Umatku, umatku, umatku'Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihiBetapa cintanya Rasulullah kepada kita.

4.39 juta penduduk belum daftar pemilih

PUTRAJAYA - Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah Bumiputera.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

“Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan Bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut ratio penduduk juga kaum Bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

“Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan Bumiputera yang mendaftar,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini semalam.

Sehubungan itu, Wan Ahmad meminta kerjasama daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan belia serta mana-mana pihak yang ingin membuat perjumpaan atau apa jua acara melibatkan penyertaan yang ramai seperti karnival atau pesta agar turut memaklumkan kepada pejabat-pejabat pilihan raya negeri.

Dengan itu, katanya pejabat pilihan raya negeri dapat membuka kaunter pendaftaran pemilih, sebagai satu kemudahan mendaftar kepada mereka yang menghadiri majlis tersebut.

“Mereka boleh telefon sahaja untuk beritahu tentang perjumpaan itu, dan SPR sangat berbesar hati untuk membuka kaunter di sana,” katanya.

Beliau berkata, SPR juga akan melipatgandakan usaha pendaftaran pemilih melalui pembukaan kaunter di pusat membeli-belah, hari pelanggan di pejabat-pejabat kerajaan dan pesta-pesta tertentu, sebagai pilihan kepada orang ramai selain mendaftar di 700 pejabat pos di seluruh negara.

Selain itu, katanya SPR juga sering turun padang ke kawasan-kawasan pedalaman, selain melantik Penolong Pendaftar Sementara di kalangan parti-parti politik untuk mendaftarkan mereka yang layak ini.

SPR juga akan meminta kerjasama media elektronik seperti radio dan televisyen untuk menimbulkan kesedaran terhadap golongan yang belum berdaftar itu agar segera mendaftar, katanya.

Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata, ia semua tertakluk kepada sikap individu itu sendiri, kerana kajian oleh SPR sebelum ini mendapati sikap suka menunggu hingga ke saat akhir adalah punca utama mengapa mereka belum berdaftar walaupun telah layak untuk berbuat demikian.

“Setiap kali pilihan raya umum diadakan, SPR menerima lebih satu juta borang pendaftaran baru, jadi bayangkan dalam tempoh satu atau dua bulan borang itu perlu disahkan. Bila tak sempat didaftar dan mereka tidak boleh mengundi mereka salahkan SPR, padahal mereka boleh mendaftar bila-bila masa sepanjang tahun. - Bernama

Amar Makruf dan Nahi Mungkar

Ajaran-ajaran agama mendorong rakyat untuk menjalankan kewajiban yang besar ini terlebih lagi pada hal-hal yang berkaitan dengan para penguasa.

Imam Ali As bersabda: “Seluruh perbuatan baik dan jihad di jalan Allah dibandingkan dengan perbuatan memerintah pada sesuatu yang makruf dan melarang pada sesuatu yang mungkar, laksana setitis air di hadapan laut yang luas membentang dengan ombaknya. Dan sesungguhnya memerintah pada sesuatu yang makruf (amar makruf) dan melarang pada sesuatu yang mungkar (nahi mungkar) itu tidak mendekatkan pada ajal dan tidak mengurangi kadar rezkinya. Bahkan perbuatan yang lebih baik dari itu semua adalah, menyampaikan perkataan yang benar di hadapan seorang penguasa yang zalim.

Sebab keutamaan mengucapkan perkatan adil di hadapan para penguasa yang zalim adalah karena rakyat biasanya tunduk dan taat kepada para pemimpinnya dan perbuatan mereka itu memiliki keluasan yang dapat menyesatkan masyarakat. Oleh karena itu, memberikan peringatan dan petunjuk kepada mereka memiliki nilai yang sangat tinggi.

Imam Baqir As bersabda: “Seorang yang pergi menuju penguasa yang zalim dan ia memerintahkannya untuk bertakwa kepada Allah Swt, menasihatinya dan memberi peringatan agar takut akibat dari ketidak takwaannya, maka ia akan mendapatkan balasan pahala sebanyak jin dan manusia dan amalan-amalan mereka.

Dalam pandangan Islam, kewajiban amar makruf dan nahi mungkar memainkan peran sangat penting. Termasuk kepada para penguasa. Karena meninggalkan hal tersebut dapat menyebabkan siksaan Allah Swt. Imam Ali As besabda: “Allah Swt tidak akan menyiksa seluruh rakyat dikarenakan dosa-dosa yang terselubung pada orang-orang tertentu, namun jika orang-orang tertentu tadi secara terang-terangan melakukan dosa dan rakyat secara umum tidak memperotes mereka, kedua golongan (orang-orang tertentu dan masyarakat umum) tadi akan menerima siksa Allah Swt.


-Nakshahbandi-

Thursday, January 14, 2010

Mencecah 500 Pelawat


Syukur Alhadulillah ke hadrat Ilahi...
Terima kasih kepada pembaca-pembaca blog Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Tanjung. Sejak blog ini dirasmikan di persidangan agung belia 4B pada bulan August 2009 yang lalu dan telah berada di laman maya sejak dari itu dalam sekitar lima bulan yang lalu. Blog ini telah mendapat kunjungan serta pelawat seramai 500 orang dalam lebih kurang pukul 12.36am, 15 Januari 2010.

Semoga lebih ramai lagi pelawat-pelawat serta pembaca-pembaca blog Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Tanjung dimasa hadapan. Harapan saya selaku Pengerusi semoga blog ini akan terus mekar bersama informasi-informasi yang berguna kepada masyarakat dan khasnya kepada belia-belia.

Semua maklumbalas serta idea yang membina mahupun artikel-artikel yang boleh membawa pada pembangunan ummah serta menguatkan ukhwah diantara belia-belia mahupun apa saje info-info serta maklumat atau berita-berita terkini yang ingin disiarkan bolehlah berhubung terus pada saya ataupun setiausaha kawasan pada email seperti dibawah.

Terima Kasih...


Pengerusi Kawasan

izuddin.merican@gmail.com
belia4btanjung@gmail.com

Peralihan Kepimpinan Belia Harus BERANI...


Pembuka kata penghias bicara, sudah menjadi lumrah di dalam hidup ini dimana kita sering dilanda dengan ombak serta rintangan yang sering bisa menyekat kita daripada mara ke depan, mara kehadapan demi memperjuangakan agama, bangsa dan tanah air. Suka diingatkan pada peralihan kepimpinan belia baru-baru yang ini telah membariskan barisan yang baru nafas yang baru muka yang baru.

Harus diingatkan lagi dan lagi bahawa perjuangan yang harus diteruskan itu bermula dengan keikhlasan serta kejujuran kerna diantara duanya sering akan timbul sempadan untuk kita... Perjuangan dan pengorbanan juga ada dan harus bergerak seiring untuk melalui sempadan duanya itu....

Dengan itu haruslah kita mendokong tanggungjawab serta amanah yang diberi itu sepenuhnya dan berani bercita-cita besar demi untuk menjayakan wacana satu pemikiran belia inovatif dan meneruskan perjuangan secara zahir mahupun maya.


"Secubit garam akan memasinkan segelas air. tetapi jika garam yang secubit itu diletakkan kedalam sebuah teko, kemasinan garam akan berkurangan. Jika garam yang sama kuantitinya itu dilarutkan pula dalam sebaldi, sekolah malah sekolam air... nescaya masinnya tidak akan terasa langsung"

Justeru itu saya menyeru kepada barisan kepimpinan yang baru seperti mana perumpamaan perbandingan diantara masalah dengan cita-cita yang kita ingin kecapi itu. masalah umpama garam, manakala cita-cita umpama air. Semakin besar cita-cita, maka semakin kecil masalah, seperti mana garam yang hilang kemasinannya apabila air ditambah. Taktik serta strategi inilah yang harus kita gunakan untuk mendorong belia-belia kita untuk mencapai kejayaan yang besar didlam sesuatu perjuangan itu. mahupun iainya perjuangan didalam pelajaran, kerjaya mahupun berkeluarga.

Punca serta sebab yang kita sering dibelenggu serta disusahkan bahkan dikalahkan oleh masalah-masalah semasa, itu petanda cita-cita kita masih kecil. Jika cita-cita kita masih kecil maka walau sehebat mana, walau sebijak mana pun kita, walau kaya sekalipun kita tidak akan bisa mencapai preatasi serta kejayaan mahupun mencipta sejarah. Anjakan paradigma serta melangkau ke satu tahap yang lebih tinggi adalah prasarana yang harus kita usahakan dewasa ini.

"Janganlah kita melihat siapa yang berkata, lihatlah kita pada apa yang dikata..." -Pendeta 7-

Oleh itu saya sarankan tingkatkanlah pretasi kita letakan lah satu cita-cita setinggi gunung setinggi awan biru, setinggi langit.. walaupun tidak bisa mencapainya dengan tangan namun ia akan mengecilkan masalah yang menimpa umpama garam itu tadi dan cita-cita umpama luasnya kolah serta kolam mahupun tasik yang dipenuhi air...

Bersatu~Belajar~Bekerja~Berkhidmat

Pengerusi Kawasan

Thursday, January 7, 2010

Tahniah Buat Pemimpin Muda Kita

Tahniah kepada Saudara Maliki Mohamed Rafiee berjaya memenangi jawatan PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA setelah YB Norol Azali Sulaiman menarik diri dari bertanding. Juga tahniah kepada calon dari GB4B Malaysia, memenangi jawatan TIMBALAN PRESIDEN MBM, juga tanpa bertanding, Saudara Shukor, mantan Presiden Penaja GB4B Malaysia.

Ini membuktikan Belia Masakini BERANI dan Tidak mudah terpedaya dengan khabar angin! Pemilihan kali ini banyak memberikan pengajaran kepada semua perwakilan yang saya anggap kental dan mengikut citarasa belia itu sendiri........

Moga ALLAH merestui perjuangan Kami, MBM dan GB4B Untuk Agama, Negara dan Bangsa.

Salam 1 Belia 1 Malaysia



Salam 1 belia 1 Malaysia...
Sedar atau tidak kini kita telah melangkah ketahun 2010. Masa terus berlalu tanpa menunggu dan memaksa kita mengejarnya tanpa berhenti sedikitpun untuk menunggu kita. Oleh itu kita harus sedar, dan menjadikan setiap kedatangan tahun baru untuk merenung dan mengukur keupayaan masing masing di atas usaha-usaha yang telah dilakukan pada masa yang lalu.

Walaupun kerja-kerja dalam pertubuhan belia tidak pernah terhenti, namun ruang yang ada harus digunakan sebaiknya untuk kita menarik nafas panjang sebelum meneruskan perjuangan selanjutnya.
Namun harus juga diingatkan bahawa banyak aktiviti telah di atur untuk tahun 2010 ini, tetapi jika tidak ada penglibatan daripada ahli-ahli sekalian maka aktiviti yang dilakukan oleh Gerakan Belia 4B ini tidak akan mencapai matlamat serta objektif yang telah digariskan untuk aktiviti-aktiviti tertentu. Sikap mengambil inisiatif juga adalah penting ini kerana setiap dari kita iaitu ahli-ahli Gerakan Belia 4B ini harus memainkan peranan masing-masing kerana ini akan lebih memudahkan serta melancarkan perjalanan sesuatu aktiviti itu. Titik tolaknya semua bermula dari dalam diri kita sendiri.
Gerakan Belia 4B ini merupaka satu landasan serta titik lonjakan untuk kita menjadi satu pemimpin yang cemerlang dan terbilang justeru menyahut cabaran menjadi pemimpin bagi 1 Malaysia. Saya percaya jika ada sikap bekerjasama dan mengeratkan lagi silaturahim di kalangan ahli maka tidak mustahil setiap aktiviti kita akan menjadi sukses.
Jadi dengan itu satu perancangan telah dibuat untuk memulakan aktiviti yang pertama untuk tahun ini ialah aktiviti konvoi, iaitu konvoi bermotor dan juga konvoi berkereta yang akan disertai oleh ahli-ahli belia 4B kawasan. Aktiviti ini secara tidak langsung akan memupuk semangat kerjasama semangat perpaduan serta mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ahli-ahli belia 4B kawasan. Selain akan di selaraskan juga dengan kuliah-kuliah serta ceramah pendek sebagai pengisian ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli belia 4B kawasan ini sepanjang program konvoi ini.
InsyaAllah jika tiada aral melintang saya mendoakan supaya projek aktiviti pertama belia 4B kawasan ini iaitu "GERAK KONVOI 2010" akan menjadi satu aktiviti yang berjaya.
Amin...

Bersatu~Belajar~Bekerja~Berkhidmat

Pengerusi Kawasan