Thursday, January 7, 2010

Salam 1 Belia 1 Malaysia



Salam 1 belia 1 Malaysia...
Sedar atau tidak kini kita telah melangkah ketahun 2010. Masa terus berlalu tanpa menunggu dan memaksa kita mengejarnya tanpa berhenti sedikitpun untuk menunggu kita. Oleh itu kita harus sedar, dan menjadikan setiap kedatangan tahun baru untuk merenung dan mengukur keupayaan masing masing di atas usaha-usaha yang telah dilakukan pada masa yang lalu.

Walaupun kerja-kerja dalam pertubuhan belia tidak pernah terhenti, namun ruang yang ada harus digunakan sebaiknya untuk kita menarik nafas panjang sebelum meneruskan perjuangan selanjutnya.
Namun harus juga diingatkan bahawa banyak aktiviti telah di atur untuk tahun 2010 ini, tetapi jika tidak ada penglibatan daripada ahli-ahli sekalian maka aktiviti yang dilakukan oleh Gerakan Belia 4B ini tidak akan mencapai matlamat serta objektif yang telah digariskan untuk aktiviti-aktiviti tertentu. Sikap mengambil inisiatif juga adalah penting ini kerana setiap dari kita iaitu ahli-ahli Gerakan Belia 4B ini harus memainkan peranan masing-masing kerana ini akan lebih memudahkan serta melancarkan perjalanan sesuatu aktiviti itu. Titik tolaknya semua bermula dari dalam diri kita sendiri.
Gerakan Belia 4B ini merupaka satu landasan serta titik lonjakan untuk kita menjadi satu pemimpin yang cemerlang dan terbilang justeru menyahut cabaran menjadi pemimpin bagi 1 Malaysia. Saya percaya jika ada sikap bekerjasama dan mengeratkan lagi silaturahim di kalangan ahli maka tidak mustahil setiap aktiviti kita akan menjadi sukses.
Jadi dengan itu satu perancangan telah dibuat untuk memulakan aktiviti yang pertama untuk tahun ini ialah aktiviti konvoi, iaitu konvoi bermotor dan juga konvoi berkereta yang akan disertai oleh ahli-ahli belia 4B kawasan. Aktiviti ini secara tidak langsung akan memupuk semangat kerjasama semangat perpaduan serta mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ahli-ahli belia 4B kawasan. Selain akan di selaraskan juga dengan kuliah-kuliah serta ceramah pendek sebagai pengisian ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli belia 4B kawasan ini sepanjang program konvoi ini.
InsyaAllah jika tiada aral melintang saya mendoakan supaya projek aktiviti pertama belia 4B kawasan ini iaitu "GERAK KONVOI 2010" akan menjadi satu aktiviti yang berjaya.
Amin...

Bersatu~Belajar~Bekerja~Berkhidmat

Pengerusi Kawasan

No comments:

Post a Comment